Kebanyakkan murid yang
telibat dalam masalah disiplin di sekolah merupakan golongan murid yang tidak
bermotivasi dalam pembelajaran . Apakah pendekatan yang anda boleh gunakan untuk menanamkan kesedaran kepentingan pendidikan dan menimbulkan motivasi kepada murid.
Menerusi
satu kajian tingkah laku yang dijalankan didapati bahawa golongan murid yang
bermasalah disiplin kerap tidak bermotivasi dalam pembelajaran. Seorang guru
mampu membantu pelajar-pelajar membuat
penyesuaian tingkah laku agar mereka berada dalam keadaan emosi yang stabil.
Masalah disiplin merangkumi skop
yang meluas. Ia boleh jadi masalah disiplin peringkat yang rendah seperti
hiperaktif, kebisingan , pergerakkan pelajar yang tidak perlu,mengganggu rakan
sedarjah, dan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak atau tumbuk menumbuk di
dalam kelas. Masalah disiplin peringkat yang tinggi seperti tingkah laku yang merosakkan seperti
permusuhan nyata, Vandalisme(iaitu merosakkan kerusi meja, peralatan dalam kelas dan sebagainya), aktiviti
kumpulan liar(tumbuk-tumbuk secara fizikal), mengugut guru, mencalar kereta
atau motosikal guru, menconteng dinding bangunan sekolah dan sebagainya.
Seseorang pelajar yang tidak mampu
untuk menguasai pembelajaran dengan baik
akan mula merasai terasing, rendah diri,perasaan kurang popular dan pembentukan
konsep diri yang rendah. Ini mendorong pelajar untuk cuba melakukan aktiviti-
aktiviti yang tidak sepatutunya semata-mata untuk mengambil perhatian orang
disekelilingnya.
Motivasi penting untuk pembelajaran
yang berkesan. Motivasi merupakan pengerak
atau keadaan yang mendorong murid
untuk melakukan sesuatu bagi mencapai satu-satu matlamat terdiri daripada dua
jenis yang utama iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Motivasi intrinsik ini wujud dari
dalaman seorang individu. Misalnya, anda mungkin banyak membaca buku cerita
bukan kerana hendak mendapat hadiah tetapi kerana minat anda
sendiri.Sesetenggah daripada anda mungkin suka menolong rakan yang lemah dalam
pelajaran bukan kerana harapan untuk mendapatkan upah tetapi kerana keseronokan
yang diperoleh.
Motivasi jenis ini merupakan
dorongan luaran.Contohnya, Hassan belajar dengan rajin kerana mengharapkan lima A dalam peperiksaan
UPSR. Ini kerana ayahnya akan menghadiahkan sebuah motosikal baru kepadanya.
Seorang guru yang menghadiahkan buku kepada murid-murid yang memperoleh
pencapaian baik dikatakan menggunakan motivasi ekstrinsik yang amat menekankan
pada ganjaran. Ganjaran ini akan mendorong sesuatu tingkah laku yang diingini
berlaku secara berterusan.
Sebenarnya, dalam kehidupan seharian
kita, kedua-dua jenis motivasi memainkan peranan secara serentak dalam
mendorong satu-satu tindakan kita. Oleh itu, dalam bilik darjah guru hendaklah
menggunakan motivasi ekstrinsik dan intrinsik agar murid-murid meminati serta
tertarik kepada pengajaran yang dijalankan.
Motivasi boleh mendorong individu
untuk bertindak agar sesuatu matlamat itu tercapai. Pada amnya motivasi mampu menarik perhatian murid dimana murid
yang mempunyai aras motivasi yang tinggi akan sentiasa memberi perhatian
terhadap penyampaian dan aktiviti guru. Bagi mewujudkan motivasi itu, guru
hendaklah mengguna pelbagai ransangan seperti nada suara yang berubah-ubah,
carta yang menarik, pita rakaman, video dan permainan.
Motivasi mampu menimbul
dan mengekalkan minat murid terhadap pelajaran yang disampaikan. Misalnya
dalam mata pelajaran Kemahiran Manipulatif, guru menunjukkan pelbagai jenis
kenderaan seperti motokar, lori dan keretapi yang boleh diperbuat daripada
kotak mancis. Aktiviti ini pasti akan dapat menimbulkan dan mengekalkan minat
murid-murid.
Motivasi
dapat menimbulkan perasaan ingin tahu, misalnya Cikgu Salmah mungkin
memulakan pelajarannya dengan mengatakan cahaya matahari adalah perlu untuk
tumbuh-tumbuhan. Adakah tumbuh-tumbuhan yang hidup tanpa cahaya matahari? Jika
ada, cuba berikan contoh (kulat).
Motivasi
juga mengalakkan semangat persaingan. Motivasi yang diusahakan oleh guru
mungkin berbentuk pemberian hadiah. Dengan itu, Murid-murid bersaing antara
satu sama lain dengan tujuan untuk mendapatkan hadiah yang disediakan.
Motivasi
menghasilkan suasana pembelajaran yang mengembirakan. Dengan adanya
motivasi, murid-murid didorong untuk belajar kerana minat dan bukan kerana
paksaan. Suasana di dalam bilik darjah juga hendaklah lebih ceria dan
mengujakan.
Motivasi
menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Dalam usaha untuk memotivasikan murid-murid , guru perlu mengaitkan pelajaran dengan minat, perasaaan ingin tahu
dan perasaan ingin meneroka pada murid-murid. Dengan cara ini murid-murid
digalakkan untuk menjalankan eksperimen
dan mencari serta melaporkan dapatan. Cara pembelajaran seperti ini bermakna
serta mencabar.
Motivasi
membantu pencapaian objektif pembelajaran. Murid-murid yang telah
dimotivasikan oleh guru biasanya lebih berminat. Ini akan mempercepat pembinaan konsep yang seterusnya akan membantu
pencapaian objektif pembelajaran.
Setelah menyedari betapa pentingnya
peranan motivasi dalam mengerakkan murid-murid, guru perlulah berusaha untuk
menggunakannya agar pembelajaran
maksimum dapat diperoleh dengan
mempraktikan teknik- teknik yang berkesan dalam bilik darjah. Antara teknik-teknik yang boleh
dijalankan adalah seperti berikut:
1. Sediakan aktiviti- aktiviti yang
menarik serta digemari oleh pelajar
serta pelbagaikan aktiviti pelajar.
2. Elakkan
daripada menghukum pelajar
kalau dia kurang berjaya dalam sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3. Wujudkan peluang untuk pelajar menikmati perasaan
kejayaan. Oleh itu,
pelajar-pelajar yang cerdas hendaklah diberi aktiviti-aktiviti yang mencabar
manakala yang lemah hendaklah disediakan
pendidikan pemulihan.
4. Kelolakan
kursus motivasi dari
semasa ke semasa.Motivasi yang tinggi
akan mendorong seseorang kea rah pencapaian yang lebih baik. Ini akan
meningkatkan keyakinan diri seseorang. Individu yang lebih berkeyakinan biasanya kurang mengalami kebimbangan.
5. Membantu murid-murid memahami objektif suatu
pelajaran. Mereka
lebih terdorong untuk melakukan sesuatu setelah mereka memahami objektifnya.
6. Galakkan
perkembangan motif yang positif.
Ini akan dapat memenuhi keperluan aktiviti , keselamatan dan
sosialisasi.
7. Penglibatan murid-murid dalam
pengajaran pembelajaran hendaklah
digalakkan. Mereka hendaklah menjadi aktif.
8. Pastikan
suasana bilik darjah adalah mesra , teratur dan kemas. Keadaan seperti
ini mendorong pengajaran pembelajaran.
9. Elakkan
tekanan dan keadaan yang boleh
menimbulkan kekeliruan.
Kekeliruan merendahkan tahap motivasi murid-murid.
10. Bantu murid-murid untuk menetapkan matlamat yang realistik dan
boleh dicapai.Matlamat yang terlampau tinggi arasnya menyebabkan
murid-murid gagal mencapainya. Keadaan
seperti ini boleh merendahkan aras motivasi mereka.
11. Berikan idea-idea yang konkrit serta jelas tentang perkara yang perlu
murid-murid buat untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan.
12. Tunjukkan kepada murid-murid bahawa
pencapaian matlamat dapat meningkatkan
harga diri serta penghormatan diri.
13. Bagi murid-murid yang lemah , mulakan dengan matlamat yang senang
dicapai. Ini memberi kesempatan bagi mereka untuk menikmati perasaan
kejayaan yang tentunya akan meningkatkan lagi aras motivasi murid-murid.
14. Pastikan ganjaran yang disediakan itu merupakan jenis yang dikehendaki
murid-murid . Contohnya, perkataan ‘baik’ dan ‘bagus’ yang terlalu kerap
digunakan akan hilang keberkesanannya.
15. Persaingan
sederhana boleh
digalakkan kerana ia meningkatkan pencapaian
. Lebih sihat lagi kalau murid
digalakkan bersaing dengan diri sendiri , iaitu cuba memperbaik
pencapaiannya dari semasa ke semasa.
16. Murid-murid mempunyai minat yang kuat dalam aktiviti-aktiviti seperti
lakonan, menyanyi dan pelbagai
jenis permainan. Cuba serapkan aktiviti-aktiviti ini dalam pengajaran guru.
17. Pelbagaikan teknik motivasi. Tekankan pada motif intrinsik seperti minat , perasaan ingin tahu
, penglibatan dan penerokaan. Ini boleh digalakkan terutama dengan murid-murid sekolah menengah . Di sekolah
rendah , motivasi intrinsik hendaklah digunakan juga, tetapi motivasi ekstrinsik adalah lebih kuat bagi mereka.
18. Timbulkan
perasaan ingin tahu murid-murid
sebelum memulakan satu-satu topik pelajaran. Wujudkan unsur keghairahan atau suatu masalah seperti menggunakan soalan ini: ‘ Mungkinkah anda dapat menentukan kedudukan anda di tengah-tengah
kawasan gurun tanpa diberi kompas?’
19. Menarik perhatian murid-murid dengan sesuatu
yang berlainan atau mengagumkan.
Misalnya, ketika mengajar Sejarah, guru boleh menunjukkan barangan antik atau sejenik mangkuk yang lama dan ganjil rupanya. Elakkan
daripada memulakan pelajaran dengan cara
yang sama.
20.
Aras
aspirasi, murid-murid hendaklah berbeza-beza . Bagi murid yang pencapaiannya
tinggi, aras aspirasi hendaklah lebih
tinggi berbanding dengan murid-murid berpencapaian rendah. Ini bermakna bahan pelajaran , alat bantu mengajar serta
aktiviti-aktiviti hendaklah berbeza.
21. Adakan kursus atau kem motivasi bagi murid-murid yang rendah motivasinya.
Adakan ceramah , pergaulan dan interaksi dengan murid-murid berpencapaian tinggi dan sedarkan mereka
tentang pentingnya pencapaian yang baik dalam hidup mereka. Sesi-sesi kaunseling
boleh juga dikelolakan bagi tujuan tersebut.
22. Gunakan
pujian dan galakan dengan kerap
terutamanya dengan murid-murid yang lambat serta kurang keyakinan diri. Beri
komen yang berbentuk individu serta
menggalakkan dan bukannya gred sahaja.
Beritahu murid-murid dengan segera
tentang pencapaian mereka dalam satu-satu ujian. Gunakan seberapa banyak komen positif yang mungkin.
Setelah dikaji , guru seharusnya
berusaha untuk menyerapkannya dalam
persediaan
dan pengajaran masing-masing.Dari segi persediaan , guru hendaklah merancang
set induksi yang mengandungi unsur
kehairanan dan mengagumkan serta mempunyai soalan yang mencabar.Sumber
pengajaran pembelajaran hendaklah terdiri daripada alat bantu mengajar yang
menarik serta boleh memenuhi perasaan ingin tahu murid-murid.Isi pelajaran yang
mempunyai aras motivasi yang tinggi menyebabkan murid-murid memberi lebih
perhatian ketika guru mengajar.
Secara rumusannya, motivasi
merupakan unsur pengajaran pembelajaran yang penting. Ia tidak berlaku dengan
begitu sahaja. Guru hendaklah menerapkan motivasi dalam persediaan dan seterusnya dalam
pengajaran. Penyerapan unsur motivasi
seperti ini pasti akan menghasilkan pembelajaran yang bermakna ,
mencabar, inovatif serta menyeronokkan.
BIBLIOGRAFI
Abruscato,J.
Introduction to teaching and the study of Education, Prentice Hall, Inc,
Englewood Cliffs, New Jersey,1985.
Cronbach,
L.J, Educational Psychology, Edisi ke 3, Harcourt Brace Jovanovich, Inc, New
York,1977.
Ee Ah
Meng, Psikologi Pendidikan I,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam, 1996
Ee Ah
Meng, Psikologi Pendidikan II,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam, 1997