19 Mei 2013

Kisah syiling dan Batu


TING!!!!

Bunyi duit syiling kedengaran disisi Opie yang sedang sibuk membancuh simen... Hairan melihat syiling yang tiba-tiba jatuh disisinya... Opie pandang sekeliling..tiada sesiapa... Ahhh mungkin rezeki aku agaknya..dengus Opie lalu mengutip wang itu dan dimasukkan kedalam pocketnye...



TING!!!

Lagi duit syiling jatuh... sekali lagi Opie memandang sekeliling...pelik... namun opie terus mengutip wang syiling itu dan mengangapnya sebagai rezeki yang tak perlu ditolak...tidak lama kemudian opie ketemu lagi wang syiling....lagi dan lagi..."murah rezeki aku hari ni"...

Sebenarnya tanpa Opie sedari logam syiling itu telah dicampakkan oleh bosnya dari aras lapan bangunan yang sedang mereka bina. Tujuan bos Opie mencampakkan wang syiling itu adalah untuk memanggil Opie untuk diberikan beberapa pesanan...setelah puas menjerit namun tak didengari Opie maka bosnya mengambil keputusan mencampakkan duit syiling kebawah dengan harapan Opie akan mendongak keatas...

Sayangnya setelah habis wang syilingnya dicampakkan, Opie masih tidak mendongak keatas...

Lantas...Bos Opie mengumpul batu-batu lalu dicampakkan kebwah satu persatu...

Beberapa kali batu itu mengenai badan opie..Setelah merasa kesakitan dan terganggu, Opie mendongak mecari dari mana datangnya batu yang menyerangnya...

Barulah Opie terpandang Bosnya yang berusaha mencuri perhatian Opie...


P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


10 April 2013

NIlai kasih seorang anak


Seorang bapa pulang kerumah dalam keadaan keletihan setelah seharian bekerja. Kepulangannya disambut anaknya yang berusia 7 tahun...

"Ayah, kenapa  ayah balik lewat selalu?" tanya si anak

"ayah O.T. carik duit lebih untuk kita" jawab sang ayah lembut

" sejam ayah ot dapat berapa ringgit?"

"ahh.. menyebuk jer, Mirul budak-budak lagi tak perlu tau ni semua..  Mirul belajar sungguh sungguh sudah..bab duit biar ayah yang uruskan"

"Mirul cuma nak tau jer berapa Ayah dapat sejam kerja kat pejabat tu"..

"huh...20 ringgit"

"Oooo..." kata si anak sambil menunduk ke lantai seolah-olah sedikit kecewa. Kemudian dia memandang ke wajah Ayahnya seraya berkata. "boleh tak Mirul pinjam duit ayah 10 ringgit?"

Mendengar permintaan anaknya, sang ayah berang. "ooo..itu sebabnya kamu tanya pendapatan ayah ye..kamu nak buat apa dengan 10 ringgit tu..tak cukup ke apa yang ayah dah bagi duit belanja setiap hari? nak beli mainan la tu..toksah nak membazir.....dah pegi masuk bilik tidur..."

tergamam si anak kecil menerima jerkahan sang ayah lantas perlahan-lahan dia berjalan menuju ke biliknya.. Sang ayah duduk di sofa sambil memikirkan permintaan si anak kecil...mengapa anak sekecil itu sudah meminta-minta wang sebanyak itu. Namun hati seorang ayah cepat tenang dan mula berfikir mungkin anaknya memerlukan wang untuk tujuan membeli keperluan sekolah. Tambahan lagi anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan rasa bersalah sang ayah melangkah menuju ke bilik anaknya lalu membuka pintu bilik.

Didapati anaknya belum tidur."kalu Mirul betul-betul perlukan duit ambil ni sepuluh ringgit".kata sang ayah lembut seakan memujuk.

Anak itu bingkas bangun kegirangan. "terima kasi banyak banyak ayah." katanya dengan begitu gembira. lantas ia meraba-raba dicelah bantalnya dan mengeluarkan segumpal wang seringgit.

Bila terpandang wang sebanyak itu, hati si ayah menjadi berang kembali. "kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu ada wang yang banyak...dari mana kamu dapat wang itu?" jerkah si ayah..

Si anak tunduk tidak berani memandang wajah ayahnya. "Duit ini Mirul kumpul dari wang belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Mirul mintak 10 ringgit dari ayah sebab mirul nak cukupkan duit mirul". kata anak perlahan.

"tak cukup nak beli apa?"soal si ayah kembali.

"Ayah.. duit mirul simpan ada sepuluh ringgit saja, Mirul nak pinjam duit ayah lagi sepuluh ringgit buat bayar OT ayah sejam supaya ayah boleh balik awal. Mirul nak makan malam bersama ayah". jawab anak berani.

terharu sang bapa..kini barulah dia faham...

Moral :


Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka...

'


04 April 2013

Toyol Glamour kantoi curik duit lama Sa-Puloh ringgit



Kelibat beberapa ekor toyol telah kelihatan ketika bekerjasama mengangkut duit lama milik penulis.. Difahamkan identiti toyol-toyol itu telah dikenal pasti dan mereka dikata sangat glamer. Mereka malah menjadi kegilaan anak-anak masa kini...



hahahha..mereka dikenali sebagai Geng toyol Boboi Boy...

Inilah antara koleksi saya..biasa-biasa jer

15 Januari 2013

Duit Kerbau Bajak



10 dollars 
Wang impian telah berada dalam senarai koleksi hamba






Insaflah



Jangan kita berbangga dengan pakaian kita yang cantik dan mahal, Kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan yang berwarna putih.

Jangan kita berbangga dan angkuh dengan kenderaan kita yang mewah, Kerana kenderaan terakhir kita nanti adalah van jenazah dan papan keranda.

Janganlah kita terlalu seronok dengan tempat tidur kita yang empuk dan nyaman,
Kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahat.

Janganlah kita ego dan sombong kerana mampu memiliki rumah yang mewah seperti istana,Kita mesti ingat bahawa rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua.

Janganlah kita bermegah dengan pangkat dan darjat,
Kerana bila kita sudah tiada nanti kita akan mendapat gelaran Al-Marhum.


Janganlah kita terlalu berlagak dengan wajah kita yang kacak atau cantik,
Kerana bila kita telah mati nanti, wajah kita akan berubah menjadi tengkorak.......

terima kasih : Islam Dan Iman(blogspot)

13 Ogos 2012

Nama anak yang Islamik


cerita ini takde kena mengena dengan yang hidup stsu mati..ia hanya rekaan semata2...

Kisah dua orang suri rumah yang secara kebetulan bersua muka ditaman permainan di sekitar ibu kota. Kebetulan ketika itu bulan Ramadhan,maka cerita berkisar tentang betapa Islamnye mereka dalam menjalani kehidupan rumahtangga. mereka ialah Kak Munah Dan Kak Melah..


Kak Munah : nama anak saya NUR JANNAH, maknanya cahaya syurga.. saya suka nama tu sebab islamik sangat..

Kak Melah : waaaa, samalah dengan anak saya..memang saya pilih nama yang islamik untuk anak saya jugak.

Kak Munah : ooo ye ke?..sape namanya?

Kak Melah : "TONI"...

Kak Munah : hah?/..TONI...Islamik la sangattttt. (sambil buat aksi macam Afdin Shauki meluat)

menyedari Kak Munah macam memperlekahkan nama anaknya..Kak Melah besedia nak mendedahkan kehebatan sebenar disebalik nama anaknya TONI..

Kak Melah : alah itu nama panggilan jer...nama sebenarnya "Audzubillahiminasyai TONIrojim" laaaa (dengan bangganya) 

Kak Munah : hok alaaahhh... bole lak macam tu.. nape tak panggil syaitoon jerrr...




07 Ogos 2012

Lawak Pendengaran




Lawak Pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."
 

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...