13 Ogos 2012

Nama anak yang Islamik


cerita ini takde kena mengena dengan yang hidup stsu mati..ia hanya rekaan semata2...

Kisah dua orang suri rumah yang secara kebetulan bersua muka ditaman permainan di sekitar ibu kota. Kebetulan ketika itu bulan Ramadhan,maka cerita berkisar tentang betapa Islamnye mereka dalam menjalani kehidupan rumahtangga. mereka ialah Kak Munah Dan Kak Melah..


Kak Munah : nama anak saya NUR JANNAH, maknanya cahaya syurga.. saya suka nama tu sebab islamik sangat..

Kak Melah : waaaa, samalah dengan anak saya..memang saya pilih nama yang islamik untuk anak saya jugak.

Kak Munah : ooo ye ke?..sape namanya?

Kak Melah : "TONI"...

Kak Munah : hah?/..TONI...Islamik la sangattttt. (sambil buat aksi macam Afdin Shauki meluat)

menyedari Kak Munah macam memperlekahkan nama anaknya..Kak Melah besedia nak mendedahkan kehebatan sebenar disebalik nama anaknya TONI..

Kak Melah : alah itu nama panggilan jer...nama sebenarnya "Audzubillahiminasyai TONIrojim" laaaa (dengan bangganya) 

Kak Munah : hok alaaahhh... bole lak macam tu.. nape tak panggil syaitoon jerrr...




07 Ogos 2012

Lawak Pendengaran




Lawak Pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."
 

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...