08 Disember 2013

Sahsiah ganjaran dan hukuman

HUKUMAN DAN GANJARAN MEMBERI  IMPLIKASI KEPADA PEMBENTUKAN SAHSIAH SESEORANG MURID.HURAIKAN BERDASARKAN TEORI DAN CONTOH YANG SESUAI DENGAN KONTEKS NEGARA KITA.

Hukuman  menerusi Kamus Dewan bermaksud dendaan yang dikenakan sebagai perjanjian untuk mengubah tingkah laku daripada yang buruk kepada yang baik. Ganjaran pula bermaksud  hadiah untuk perbuatan yang baik dan balasan bagi perbuatan yang jahat atau negetif, manakala sahsiah bermaksd keperibadian atau peribadi seorang murid.

Teori pelaziman operan Skinner

Burhrhus Frederic Skinner mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Beliau melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian tentang pelaziman. B.F.Skinner menjalankan banyak kajian yang melibatkan tikus, burung merpati dan juga manusia.Teori B.F Skinner merupakan satu teori rangkaian yang berasaskan ransangan dan gerak balas. Dalam eksperimennya,beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam ‘kotak Skinner’.Kotak itu dilengkapi alat penekan pada dindingnya. Ketika ditekan alat itu,biji-biji makanan akan terkeluar. Mula-mula, tikus itu berlari ke sana  sini kerana lapar. Kemudia secara tak sengaja, tikus itu terpijak alat penekan dan ini menyebabkan biji-biji makanan terkeluar. Proses yang sama ini berulang beberapa kali sehingga tikus itu mendapati bahawa apabila alat penekan dipijak, makanan akan diperoleh. Ini menunjukkan bahawa tikus  itu telah belajar cara untuk mendapatkan makanan di dalam kotak itu.Pembelajaran secara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman.
            Sekali lagi, eksperimen ini menunjukkan bahawa sesuatu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran,contohnya biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut. Sekiranya ganjaran dihentikan , maka gerak balas itu akan terhapus juga.Peringkat ini dikenali sebagai penghapusan.
            Dengan itu, kaitan antara teori ini dengan motivasi adalah jelas. Jika sesuatu tingkah laku murid diingini, ia hendaklah diberi ganjaran. Tanpa ganjaran, lama –kelamaan tingkah laku itu akan terhapus. Makanan dalam eksperimen itu meneguhkan tindakan tikus menekan alat penekan dan kadar penekanan tikus juga meningkat.Skinner juga menjelaskan bahawa peneguhan itu boleh bersifat positif dan negetif.
            Peneguhan negetif seperti peristiwa-peristiwa yang memalukan, menakutkan , menyakitkan atau menyusahkan akan bertindak sebagai peneguh negetif. Apabila kita bertindak dengan cara-cara bertujuan untuk mengurangkan perasaan malu, kita dikatakan mengalami peneguhan negetif. Contohnya, seseorang yang sentiasa tidak dapat menjawab soalan guru akan berasa malu di hadapan murid-murid lain. Perasaan malu itu pengalaman yang menyakitkan . Bagi mengelakkan  pengalaman itu, dia akan sentiasa menunduk apabila guru mengemukakan soalan. Amalan seperti ini berlaku kerana hendak mengelakkan perasaan malu apabila tidak dapat menjawab soalan. Amalan menunduk kepala akan terus meningkat  setiap kali soalan dokemukakan. Ini jelas merupakan satu contoh peneguhan negetif.

Penggunaan Teori pelaziman Skinner dalam bilik darjah.

            Hukuman berfungsi untuk menghentikan satu-satu amalan.  Misalnya, seorang murid yang kerap kali datang lambat  akan dirotan  oleh gurunya. Tindakan merotan murid itu bertujuan  untuk menghentikan amalan  datang lambat.
Hukuman seperti rotan juga dikenakan kepada pelajar yang terlibat dalam satu kecurian. Ia juga boleh dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar yang lain supaya tidak mencontohi  tindakan tersebut.
 Contoh lain  hukuman ialah, seorang bapa yang menarik balik keistimewaan dengan melarang anaknya menonton televisyen setelah dia gagal dalam peperiksaan. Murid  tersebut akan berasa kecewa dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki kegagalan tersebut.
                        Ganjaran seperti memberi hadiah atau pujian boleh digunakan sebagai peneguhan untuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini. Contohnya, guru hendaklah memberi pujian kepada murid yang menghasilkan sesuatu yang baik seperti projek, buku skrap dan sebagainya.

Teori sosial Bandura
Albert Bandura merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal kerana teori prmbelajaran sosial dan teori modelnya.Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Ini dilakukan dengan cara memerhati gerak balas yang ditonjolkan.
            Eksperimen Bandura melibatkan seorang kanak-kanak prasekolah (iaitu subjek) yang biasanya akan  duduk  dan melihat orang lain (iaitu model) melakukan sesuatu. Selepas tiu subjek tersebut akan diuji dalam situasi-situasi tertentu bagi menentukan sejauh manakah tingkah lakunya menyerupai tingkah laku modelitu.Tingkah laku subjek ini dibandingkan dengan subjek-subjek lain yang tidak diberi peluang melihat tingkah laku model. Peniruan boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti berikut:
v  Meniru secara langsung, iaitu melihat model sendiri atau secara tidak langsung iaitu denganmenonton filem video mendengar huraian atau melihat gambar foto.contohnya kanak-kanak meniru ibu bapa atau guru dari segi pakaian pertuturan , gaya berjalan dan sebagainya.
v  Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan..Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A tetapi tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya,murid yang boleh  bersorak-sorak  di  kantin ketika memanggil  rakan tidak boleh melakukannya  di dalam bilik dajah.Ini dipelajari murid-murid disebabkan adanya peraturan bilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu berlaku .
v  Peniruan melalui elisitasi.Dalam proses  elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui cara untuk melakukannya. Contohnya,apabila melihat seseorang murid membaca buku cerita di dalam kelas, Hassan pun mengeluarkan buku cerita lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timbul selepas melihat murid lain membaca.Sekiranya tiada murid lain yang membaca, kemungkinan keinginan Hassan untuk membaca tidak timbul. Pendek kata, sesuatu gerak balas seseorang individu hanya timbul setelah memerhatikan gerak balas orang lain.


Penggunaan Teori Sosial Bandura di dalam bilik darjah.

Menurut teori Sosial Bandura, ganjaran diberi untuk meneguhkan gerak balas yang hendak dicontohi, samaada melalui penglihatan, pendengaran atau penggunaan deria. Contohnya apabila murid-murid yang berpakaian kemas selalu dipuji, murid-murid lain akan mencontohi mereka.

Guru hendaklah memberi ganjaran kepada murid yang  menunjukkan contoh hasil tangan dan seni lukis yang cantik supaya murid-murid  lain lebih bermotivasi untuk  cuba melakukan yang terbaik.Teori ini dapat menyumbangkan teknik mengubah tingkah-laku.

Guru boleh menggunakan teknik ini untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku yang diingini. Dengan demikian, tingkah laku yang diingini seperti murid dapat menjawab semua soalan dengan tepat hendaklah diberi pujian atau ganjaran, supaya murid yang lain akan lebih berusaha memperbaiki kelemahan tersebut.

Kalau seseorang murid mencontohi amalan murid yang tidak membuat kerja rumah, tindakan itu akan didenda. Dengan demikian, murid-murid lain tidak akan meniru tingkah laku murid yang tidak membuat kerja rumah itu dan dikenakan hukuman.
           






Teori pelaziman Klasik Pavlov

Ivon P. Pavlov merupakan pelapor konsep pelaziman klasik.Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat ransangan. Ransangan ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan tindak balas. Contohnya apabila guru memberikan arahan supaya berdiri,murid dengan cepatnya berdiri. Arahan itu adalah ransangan, manakala tindakan berdiri itu ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran  boleh berlaku akibat kaitan antara ransangan dengan gerak balas. Ransangan itu boleh juga dikaitkan dengan satu ransangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran, contohnya seorang guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
            Dalam contoh ini terdapat dua ransangan ,satu ialah suasana pengajaran dan pembelajaran dan satu lagi aspek emosi iaitu seronok dan gembira. Jadi murid-murid mengaitkan satu ransangan ( suasana pembelajaran) dengan satu lagi ransangan lain (suasana seronok). Oleh itu murid berkenaan  pun mempunyai keinginan ke sekolah. Pembelajaran yang berlaku ekoran perkaitan itu dinamai pelaziman. Pembelajaran akibat perkaitan dua rangsangan dikenali sebagai pelaziman klasik. Dalam eksperimen Pavlov,dia menggunakan seekor anjing .Anjing itu telah mengeluarkan air liur apabila melihat makanan. Air liur dikenali sebagai gerak balas tak terlazim (semua  jadi) kerana  ia berlaku tanpa pembelajaran. Makanan itu ialah rangsangan tak terlazim. Pavlov ingin tahu sama ada anjing itu boleh belajar mengeluarkan air liur walaupun makanan tidak ditunjukkan.
            Seekor anjing dalam keadaan lapar  ditambat pada satu pasungan didalam sebuah bilik yang dilengkapi cermin  sehala. Satu alat khas dicipta untuk menyukat air liur. Ia dipasang pada pipi anjing itu. Sebagai langkah pertama, Pavlov membunyikan loceng dan memerhatikan  gerak balas anjing itu. Tidak ada gerak balas yang diperhatikan. (Bunyi loceng dikenali sebagai ransangan terlazim kerana ia digunakan untuk melazimkan gerak balas air liur).

            Pada langkah kedua, loceng dibunyikan dan makanan ditunjukkan kepada anjing. Anjing mula mengeluarkan air liur. Tindakan membunyikan loceng serentak dengan perbuatan menunjukkan makanan dilakukan beberapa kali. Selepas beberapa ulangan, makanan  itu tidak lagi ditunjukkan  ketika loceng dibunyikan. Anjing itu masih lagi mengeluarkan air liur.
            Dengan itu Pavlov membuat andaian bahawa anjing tersebut telah belajar membuat perkaitan  antara bunyi loceng dengan makanan yang ditunjukkan itu sehingga tahap apabila loceng dibunyikan, anjing itu telah menduga bahawa makanan akan diberi lalu menyebabkan air liurnya terkeluar.
 

















Penggunaan Teori Pavlov di dalam bilik darjah.

Pavlov menamai cara pembelajaran ini sebagai pelaziman. Pelaziman yang berlaku akibat perkaitan antara ransangan dan gerak balas dikenali sebagai pelaziman klasik.
            Teori Pavlov boleh digunakan didalam pengajaran dan pembelajaran dimana guru hendaklah menyedari bahawa kaitan antara ransangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari. Contohnya kalau guru hendakkan murid-murid belajar beratur apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 tengahari, amalan ini perlu diulangi sehingga bunyi loceng(ransangan) dapat dikaitkan dengan amalan berbaris(gerak balas), apabila loceng berbunyi pada jam 1.15 tengah hari, murid –murid  terus berbaris tanpa arahan guru.
            Kaitan antara ransangan  dengan gerak balas dapat dikukuhkan melalui latihan. Semakin kerap ransangan itu dikaitkan dengan sesuatu tindak balas, semakin kukuh  gerak balas terlazim itu. Contohnya apabila  guru memberi pujian( ransangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu( menghasil sesuatu yang baik) akan sentiasa berterusan.
            Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberi. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak dikukuhkan melalui ganjaran, tingkah laku itu mungkin terhapus begitu sahaja.
            Konsep pemulihan semerta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Apabila seorang guru berhenti memberi ganjaran , prestasi murid mungkin merosot. Dengan itu guru boleh memperkenalkan sekali lagi insentif bagi murid-muridnya seperti mempelbagaikan jenis hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar, projek dan sebagainya untuk meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid.





Teori Bruner

Teori Bruner mengkaji tentang perkembangan kognitif. Ia menekankan cara-cara manusia berinteraksi dalam alam sekitar dan menggambarkan pengalaman secara dalaman. Menurut Bruner ,perkembangan kognitif juga melalui peringkat-peringkat tertentu bagi semua individu. Tiga peringkat kongnitif itu adalah seperti berikut:
Ø  Peringkat Enaktif(0-2 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan bergerak kearah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu,pada peringkat ini, kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah.

Ø  Peringkat ikonik( 2-4 tahun)

Pada peringkat ini,kanak-kanak telah  berupaya menggambarkan sesuatu dalam  fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu.

Ø  Peringkat simbolik(5-7  tahun)

Pada peringkat ini,kanak-kanak dapat berfikir dengan menggunakan bahasa. Terdapat  dua proses penguasaan bahasa iaitu superordinat dan kompleksif.

            Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Beliau mengutamakan pembelajaran secara induktif dengan menggunakan konsep atau kategori. Menurut Bruner lagi , konsep atau kategori sepatutnya  mempunyai ciri-ciri tertentu  yang membezakan objek itu dengan objek yang lain.Misalnya, criteria  keupayaan berfikir secara analitis dan kritis yang ada pada manusia dapat membezakannya daripada haiwan.Manakala criteria yang tidak relevan ialah warna mata. Warna mata tidak boleh membezakan lelaki daripada perempuan atau manusia daripada  haiwan.


Penggunaan Teori Bruner di dalam bilik darjah.

            Bruner juga menekankan motivasi akstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini bermakna guru hendaklah memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkah laku yang diingini itu dapat ditonjolkan. Dalam jangka panjang, Brunner lebih menegaskan motivasi intrinsik. Sebagai seorang guru, dia hendaklah  berusaha untuk menimbulkan perasaan ingin tahu yang merupakan satu bentuk motivasi semula jadi. Keinginan untuk mencapai kecekapan dan meniru orang lain juga merupakan motivasi intrinsik. Oleh itu,guru hendaklah cuba menunjukkan teladan  yang baik dari segi kerajinan, kekemasan dan ketepatan masa.
            Brunner menegaskan perbezaan pembentukkan konsep pencapaian.Menurut beliau,jika seseorang murid diminta memberi nama kaum-kaum utama di Sabah,kemungkinan dia akan menjawab kaum Kandazan,Melayu, Murut, Bajau dan Cina. Pada peringkat ini dia hanya berjaya mencapai tahap pertama,iaitu membentuk konsep kaum-kaum utama berdasarkan ciri-ciri yang diketahuinya dengan berlandaskan gambarfoto yang ditunjukkan? Kalau murid itu berjaya ,maka dia telah berjaya memperoleh tahap pencapaian konsep. Dalam apa-apa sahaja pembelajaraan, kedua-dua tahap ini  adalah penting.Guru boleh memberikan ganjaran bagi pelajar yang telah berjaya.
            Seterusnya kita akan melonggokan semua objek yang mempunyai ciri-ciri yang serupa kedalam satu kategori atau konsep. Contohnya, kita boleh melonggokkan pisang tanduk, pisang emas,pisang nipah kedalam  kategori buah-buahan yang boleh dimakan setelah dikupas kulitnya.






Penggunaan  Teori Bruner Di Dalam bilik Darjah

Bruner juga menekankan motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Ini bermakna guru hendaklah memberi ganjaran dan pujian apabila sesuatu tingkah laku yang diingini itu dapat ditonjolkan seperti membantu guru menghantar buku ke bilik guru. Dalam jangka panjang, Bruner lebih menegaskan motivasi intrinsik. Sebagai seorang guru, dia hendaklah berusaha  untuk menimbulkan perasaan ingin tahu yang  merupakan satu bentuk motivasi semula jadi. Keinginan untuk mencapai kecekapan  dan meniru orang lain juga merupakan motivasi intrinsik. Oleh itu, guru hendaklah cuba menunjukan teladan yang baik dari segi kerajinan, kekemasan dan ketepatan masa.
            Guru juga akan memberikan pujian dan ganjaran kepada pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong. Contohnya seperti seorang murid yang membantu kawannya membersihkan kelas.


TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

Menurut  gagne , (1970) pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit. Pembelajaran pada aras tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran seperti berikut:
*      Pembelajaran isyarat
*      Pembelajaran mengganggu gerak balas
*      Rangkaian
*      Pertalian berbahasa
*      Pembelajaran diskriminasi
*      Pembelajaran konsep
*      Pembelajaran hokum
*      Penyelesaian masalah



Penggunaan Pandangan Gagne Di dalam Bilik Darjah
Pembelajaran ransangan gerak balas membawa implikasi bahawa guru hendaklah sentiasa memberi pujian dan ganjaran  apabila seorang murid menunjukan hasil yang baik. Dari aspek rangkaian motor, guru hendaklah menggunakan  prinsip  ulangan serta membuat sesuatu mengikut urutan ketika mengajar. Prinsip ini amat berguna bagi guru yang mengajar  Pendidikan Jasmani, piano, organ atau gitar.
            Guru hendaklah membimbing murid-murid membuat diskriminasi atau membezakan fakta yang penting daripada yang kurang penting. Kebolehan mendiskriminasi juga boleh digunakan untuk membezakan ciri-ciri sesuatu kumpulan tumbuhan dengan dengan kumpulan yang lain.Guru hendaklah membantu murid-murid mengenalpasti ciri-ciri utama bagi satu-satu kelas objek agar pembentukan konsep mudah diperoleh. Soalan-soalan yang boleh memandu murid-murid kearah pembentukan konsep dengan jelas hendaklah digunakan.Ganjaran juga boleh digunakan  dalam memberi galakan kepada murid yang berjaya.





Bibliografi

Abruscato,J. Introduction to teaching and the study of Education, Prentice Hall, Inc, Englewood Cliffs, New Jersey,1985.
Cronbach, L.J, Educational Psychology, Edisi ke 3, Harcourt Brace Jovanovich, Inc, New York,1977.
Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan I,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam, 1996
Ee Ah Meng, Psikologi Pendidikan II,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam, 1997



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...