GRED MATAWANG

Tahap Gred Mata Wang Syiling

Ini dia Tahap Gred duit syiling..just untuk pengetahuan ... mana tau nak jual koleksi, mesti tau duit kita duk kat gred mana... baru blh letak harga yang berpatutan iku gred.... rujuk bawah ni

Poor/pair (P)
Tulisan dan gambarnya amat sukar dibaca tetapi keseluruhan reka bentuk masih dapat dilihat. Biasanya tidah dihiraukan oleh para pengumpul.

Good (G) 
Tulisan dan gambarnya pudar tetapi masih boleh dibaca, permukaannya telah diratakan. Sebahagian daripada tulisan masih boleh dikenalpasti, terdapat kesan calar dan pinggirannya pecah. Melainkan ianya duit syiling yang sukar dijumpai, ia tidak digemari oleh para pengumpul.

Fine (F)
Masih menunjukkan keseluruhan reka bentuknya, terdapat kesan calar dan pinggirannya yang pecah.

Very Fine (VF)
Terdapat kesan calar, bukti penggunaan yang terhad, terdapat tombokan pada permukaan, namun tulisan dan gambarnya amat jelas sekali.

Extremely Fine (EF)
Terdapat bintik tompok pada permukaan, masih jelas dan tajam kelihatan. Warnanya masih terpelihara.

Uncirculated (UNC)
Tiada kesan calar atau pecah, kesan calar yang amat sikit mungkin disebabkan oleh ketidak sempurnaan semasa penempaan. Syiling yang lama mungkin kelihatan sedikit warna asal.

Brilliant Uncirculated (BU)
Warna asal yang jelas, tiada kesan kotoran atau kesan calar.

Fleur de Coin (FDC)
Proses penempaan yang sempurna, tiada kesan calar, warna asal yang jernih dan biasanya digunakan untuk syiling Peruf.

Proof (PROOF)
Sering dijalankan dengan menggunakan acuan yang dikilatkan, mengenakan 2 kali ganda tekanan ke atasnya bagi memastikan acuan dipenuhi sepenuhnya. Salah satu kriteria utama ialah ianya mempunyai permukaan yang tajam dan jelas.



Tahap Gred Mata Wang Kertas

Ini merupa pengenalan bagi mereka yang ingin menjadi pengumpul wang kertas. Ianya penting kerana selain keluaran dan tahap susah untuk mendapatkan sesuatu wang kertas, tahap gred mata wang kertas juga memainkan peranan penting terhadap nilai semasa sesuatu yang kertas khasnya. Saya senaraikan disini tahap gred mata wang yang selalu digunakan;

Uncirculated (UNC)
Sempurna, setiap penjuru duit adalah tajam, tiada kesan lipatan, warna tidak pudar, kertasnya kukuh dan bersih

About Uncirculated (AU)
Kelihatan sempurna tetapi bahagian tengah atau penjuru terdapat sedikit kesan lipat, mempunyai penjuru yang tajam, tiada kesan calar, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

Extremely Fine (EF)
Maksimum 3 kesan lipat yang minor atau 1 kesan calar, mempunyai penjuru yang tajam, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

Very Fine (VF)
terdapat beberapa kesan lipatan, permukaan sedikit kotor, warna sedikit pudar, penjuru mungkin koyak tetapi tidak pada bahagian sisi, masih mempunya penjuru yang tajam dan kertas masih kelihatan keras.

Fine (F)
Terdapat banyak kesan lipat dan calar. Terdapat sedikit kotoran, sisi mungkin terkoyak sedikit atau terdapat lubang staple atau lubang pin tetapi tidak ditengahnya. Warna kelihatan masih elok tetapi tidak terang.

Very Good (VG)
Penjuru koyak dan tidak tajam. Warna pudar, terdapat lubang-lubang kecil, tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.

Good (G)
Permukaan koyak, mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat. Terdapat lubang-lubang tetapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan. Terdapat kesan contengan tulisan.

Fair (FA)
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan.

Poor (P)
Permukaan yang lenyai, koyak, kotor dan kepudaran warna. Lubangnya lebih besar. Sebahagian besar daripada permukaan hilang, terdapat contengan tulisan dan bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.

Rujukan: Buku Malaysia Banknotes and Coins








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...