28 Jun 2012

SYILING PERINGATAN PERTABALAN DYMM

Syiling pertabalan DYMM telah dijual di Bank Negara Malaysia hari ini . terdiri dari 3 jenis iaitu bernilai muka RM100, RM10, dan RM1. dijual pada harga RM1800, RM 150 dan RM10 masing masing..
 Jualan jga terdapat dalam bentuk set iaitu set 3 (RM100, RM10, RM1) dan set 2 (RM10 dan RM1) dimana harganya RM2000 dan rm200...


Bukan tu yang aku nak cerita...ceritanya ialah syiling ini telah dijual pada harga yang berganda oleh para penyimpan. bayangkan harga koin set 2 yang BNM jual RM200 kini telah mula dijual pada harga RM 350, manakala koin RM1 dijual pada harga RM30...

hmmmm...untungkan?


26 Jun 2012

Syiling terbesar di Dunia....

Syiing bernilai A$1 juta ini merupakan syiling bulion emas terbesar di Dunia, dicetak oleh The Perth Mint, Australia's.


Diilhamkan dari siri syiling emas kangaroo, syiling besar ini diperbuat dari 99.99% emas tulin dan seberat 1000kg. Ini merupakan simbol kejayaan luar biasa dalam 112 tahun sejarah The Perth Mint.


Ia merupakan syiling terbesar di atas muka bumi dimana rekod sebelum ini dipegang oleh  juta dollar gold maple leaf coin dikeluarkan oleh the Royal Canadian Mint pada May 2007 - 





Ini juga merupakan syiling termahal di Dunia. Dilaporkan ia bernilai USD 55 juta.


Watch the world's largest and most valuable coin being made through the Youtube video below:






$1 million coin being made in Australia | Video courtesy The Perth Mint
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...