21 Disember 2011

DALAM BURUAN AKU

Ini antara duit yang berada dalam ssenarai buruan Aku..heee




duit ini unik kerana dikeluarkan oleh BNM hanya 20000 unit sahaja dan mempunyai line keemasan ditepinya.
Prefix dari AA00000001 hingga AA00020000 sahaja..selain dari tu ia ada lambang 50 tahun kemerdekaan Malaysia yang hanya ada pada 50 hinggit prefix AA hingga AE*...ciri2 ni yang menyebabkan ada yang menjualnya pada harga yang x munasabah langsung....hangin jerr
so..kalu sesapa yang nak juai kat aku duit ni murah2 dialu-alukan..heeee
* agak2 jer

FOREIGN BANK NOTES

koleksi duit lusuh aku dari pelbagai negara


duit-duit ni baru nak masukkan dalam sampul sebelum masuk album.
kebanyakkan duit ni adalah pemberian kawan termasuklah duit arab saudi pemberian arwah Mak aku

03 November 2011

FOTO MENYAYAT HATI


Foto Yang Menyayat Hati Membuatkan Fotografer Bunuh Diri


Foto ini telah disiarkan beberapa lama dulu.
Foto tersebut menggambarkan seorang anak yang kelaparan sedang merangkak menuju ke sebuah Kem makanan milik PBB yang terletak berkilometer jauhnya.

Burung pemakan bangkai sedang menunggu anak kecil tersebut   meninggal sehingga dapat dimakan. Foto ini mengguncangkan dunia. Tidak ada yang tahu apa yang akhirnya terjadi dengan anak kecil itu, termasuk   fotografernya  Kevin Carter.

Tiga bulan setelah peristiwa itu Kevin bunuh diri karena dilanda depres






01 November 2011

Dua Madu Sepakat Khalwat Dengan Lelaki Lain, Suami Pula Kena Jamin




Seremban: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini. Gambar Fail

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.

Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.

“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.

“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.

Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.

Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.

“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,” katanya. -hm

22 Mei 2011

e-PenyataGaji dan Laporan..semak kat sini

NAK SEMAK GAJI PENYATA GAJI DAN LAPORAN UNTUK KAKITANGAN AWAM..MUDAH JER.. KLIK KAT SINI.

ATAU..

KLIK KAT GAMBAR CIKGU ROHANA KAT SEBELAH TU..

ATAU

GI KAT URL NI..
 http://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx

SELAMAT BERJAYA..HUHUHU

14 Mei 2011

SELEPAS 5 TAUN X BERAKSI

selepas 5 taun gagal beraksi, kini ia bersedia untuk membelah jalanraya..dengan wajah baru.
motorsikal txr150 gamma ber no pendaftaran JDW9994 ini dibeli di baru butterworth, pp sekitar tahun 1995. Istimewanya didaftarkan di Johor sebagai memperingatkan diri dengan asal usul pemilik.
Warna asal adalah hijau dan mempunyai kembar ber no JDW9872.. Kembarnya ntah dah lesap kat mana..
Ia juga pernah mengharungi seluruh lebuhraya PLUS dari utara sampai ke selatan dalam satu trip. ini berlaku pada sekitar tahun 1996.
ia juga pernah dipacu pada kelajuan sekitar 140km/j -maintain- dari tangki penuh hingga indikator fuel pada tahap E tanpa henti.
namun pada sekitar 2005 ia seakan dilupakan...ditinggalkan tanpa pengawasan malah semakin lama semakin dilupakan terus..banyak komponen penting seperti karburator telah hilang.
namun pada 2011, ia telah dibaik ulih
kini 90% telah siap..injin telah dihidupkan, cuma terdapat beberapa masalah kecil
sikit ari lg ia kan beraksi semula..mujngkin x segagah dlu
apa kena mengena gambo ni ngan motor tu...; masa motor tu baru, budak lelaki beso tu -asyraf- sebaya ngan budak lelaki kecik tu -rafiq anak aku-
ingat lg masa aku bawak dia naik moto ni dulu..balik terus dia gelar moto aku ni...MOTO CEPAT..hahaha


03 Mei 2011

ANAK ANAK

ANAK ANAK YANG LUCU
KADANG KADANG MENGUJI KESABARAN..HEHEE,
SKECIL DENGAN KERENAH KECILNYA, YANG BESAR DENGAN NAKALNYA
BAHAGIA DENGAN KELETAH MEREKA.
ANUGERAH ALLAH YANG TAK TERNILAI

30 April 2011

CATATAN AKHIR BUAT EMAK

Pagi ahad 24 april 2011, Ana isteri ku pergi ke stadium untuk hari sukan sekolahnya. Aku dirumah menjaga anak2. Mengisi masa lapang aku membaiki motosikal lamaku dengan dengan segala kenangan sewaktu zaman kegemilanganya. Puas rasanya bila motorsikal berflat JDW9994 itu yang telah lebih 5 tahun x digunakan mula menunjukkan tanda positif akan beraksi semula.
Tiba2 telefonku menerima sms dari anak saudaraku."salam, nenek mracau racau mcm kat ijn"..terkejut...ku belek lagi telefon itu..rupa2nya ada satu lg msg darinya berbunyi "salam tau tak nenek masuk hosp sejak hari rabu.skg kt HSA"...TERSENTAK..kenapa baru hari ni bagitau?...kecik hati ngan adik beradik..tp masih tenang. ahh macam biasala EMAK keluar masuk hospital...pujuk hatiku.
Petang...Ana pulang..selepas diberitahu, Ana ajak jenguk EMAK. Aku bungkam...rasa kepenatan mengodek motor. tambahan sisa kecik ati masih terguris. Ku biar ajakan tak bersahut.
Malam...entah kenapa hatiku resah. akhirnya aku mengambil keputusan untuk menjenguk EMAK keesokkan hari.
Pagi isnin 25 april 2011 setelah memberitahu rakan sekerja yang aku ambil cuti kecemasan, kami sekeluarga bertolak pulang untuk menjenguk EMAK. Seperti biasa, agak lewat juga aku memulakan perjalanan. Sekitar jam 1130 kakmah telefon menyatakan keadaan mak yang semakin meruncing..Aku jadi makin gelisah..akhirnya aku ambil keputusan berhenti untuk mengambil wuduk untuk membacakan Surah Yassin..Setereng kereta bertukar tangan..aku ambil tempat duduk belakang.
Sebelum baca aku teringat peristiwa di IJN tempoh hari...sewaktu mak terlantar aku meminta EMAK bertahan..'bertahan makk'. rayuku berkali2..akhirnya mak menjawab lemah.."mak rasa sakit sangat...rasa dah tak tertahan lagi zam.." ku rayu jga EMAK sambil ajak EMAK pulang ke kampung bersama2. EMAK seakan akur. semangatnya kelihatan kembali sehingga dibenarkan keluar IJN.
teringat peristiwa itu, sebelum baca yassin aku entah kenapa hati tiba2 berkata...makk..pergilah mak kalau dah tak tahan lagi..aku tak sanggup melihat EMAK derita.
Tamat bacaan yassin, selang beberapa minit telefon berdering..terdengar raungan Noni...masih tabah, aku menenangkan Noni..sekali lagi aku membaca Surah yassin hingga tamat tanpa titisan air mata. Kemudian aku mengambil alih stereng kereta dari Ana....sedikit demi sedikit kenangan bersama EMAK terbayang..dan sedikit demi sedikit jugalah hatiku meruntuh sayu..namun aku tetap tabah...akihirnya hatiku berbisik..adakah mak memang menantikan aku merelakan dia pergi..persoalan itu meruntuhkan ketabahan aku hingga deraian airmataku deras mengalir jatuh.
Sampai di hospital, hatiku semakin sayu bila jenazah EMAK belum dimandikan...terasa bagaikan mak tetap menunggu. kumandi, kukafan dan kusembahyangkan jenazah dengan bantuan mereka yang arif dan bawa pulang ke kampung untuk disemadikan. Terasa lagi hatiku bagaikan mak menanti aku untuk pulang bersama2..
Selepas maghrib jenazah selamat disemadikan dengan sempurna dan berjalan lancar.
segala pesanan terakhir dapat disempurnakan oleh kami adikberadik..antaranya memandikan sebelum EMAK pergi supaya sewaktu jenazah dimandikan ia berada dalam keadaan bersih supaya mudah disempurnakan dan menyegerakan jenazah disemadikan. alhamdulillah
AKHIRNYA MAK PERGI JUGA MENINGGALKAN KAMI. KUIRINGI MAK DENGAN DOA SEMOGA EMAK DITEMPATKAN BERSAMA ORANG ORANG YANG SOLEH DAN DICUCURI RAHMAT.
PERGILAH MAK...
MAK DAH TERLALU BANYAK DERITA YANG MAK TANGGUNG SEMASA MEMBESARKAN KAMI DAN KETIKA KAMI MULA MEMBINA HIDUP, MAK DERITA MENAHAN KESAKITAN YANG HANYA MAK SAHAJA YANG TAHU PEDIHNYA.
BUAT KAKLONG, KAKMAH, ABGNAN, KAKNET, NONI, NAPI DAN ADEK...TABAHLAH..INGAT PESAN MAK SURAH AL-IKHLAS SETIAP LEPAS SOLAT.
AL-FATIHAH BUAT EMAK..HJH SANIAH BTE HJ LAMAT
YA ALLAH AMPUNI DOSA IBU..LIMPAHKAN RAHMAT KEPADANYA..AMINN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...