30 April 2011

CATATAN AKHIR BUAT EMAK

Pagi ahad 24 april 2011, Ana isteri ku pergi ke stadium untuk hari sukan sekolahnya. Aku dirumah menjaga anak2. Mengisi masa lapang aku membaiki motosikal lamaku dengan dengan segala kenangan sewaktu zaman kegemilanganya. Puas rasanya bila motorsikal berflat JDW9994 itu yang telah lebih 5 tahun x digunakan mula menunjukkan tanda positif akan beraksi semula.
Tiba2 telefonku menerima sms dari anak saudaraku."salam, nenek mracau racau mcm kat ijn"..terkejut...ku belek lagi telefon itu..rupa2nya ada satu lg msg darinya berbunyi "salam tau tak nenek masuk hosp sejak hari rabu.skg kt HSA"...TERSENTAK..kenapa baru hari ni bagitau?...kecik hati ngan adik beradik..tp masih tenang. ahh macam biasala EMAK keluar masuk hospital...pujuk hatiku.
Petang...Ana pulang..selepas diberitahu, Ana ajak jenguk EMAK. Aku bungkam...rasa kepenatan mengodek motor. tambahan sisa kecik ati masih terguris. Ku biar ajakan tak bersahut.
Malam...entah kenapa hatiku resah. akhirnya aku mengambil keputusan untuk menjenguk EMAK keesokkan hari.
Pagi isnin 25 april 2011 setelah memberitahu rakan sekerja yang aku ambil cuti kecemasan, kami sekeluarga bertolak pulang untuk menjenguk EMAK. Seperti biasa, agak lewat juga aku memulakan perjalanan. Sekitar jam 1130 kakmah telefon menyatakan keadaan mak yang semakin meruncing..Aku jadi makin gelisah..akhirnya aku ambil keputusan berhenti untuk mengambil wuduk untuk membacakan Surah Yassin..Setereng kereta bertukar tangan..aku ambil tempat duduk belakang.
Sebelum baca aku teringat peristiwa di IJN tempoh hari...sewaktu mak terlantar aku meminta EMAK bertahan..'bertahan makk'. rayuku berkali2..akhirnya mak menjawab lemah.."mak rasa sakit sangat...rasa dah tak tertahan lagi zam.." ku rayu jga EMAK sambil ajak EMAK pulang ke kampung bersama2. EMAK seakan akur. semangatnya kelihatan kembali sehingga dibenarkan keluar IJN.
teringat peristiwa itu, sebelum baca yassin aku entah kenapa hati tiba2 berkata...makk..pergilah mak kalau dah tak tahan lagi..aku tak sanggup melihat EMAK derita.
Tamat bacaan yassin, selang beberapa minit telefon berdering..terdengar raungan Noni...masih tabah, aku menenangkan Noni..sekali lagi aku membaca Surah yassin hingga tamat tanpa titisan air mata. Kemudian aku mengambil alih stereng kereta dari Ana....sedikit demi sedikit kenangan bersama EMAK terbayang..dan sedikit demi sedikit jugalah hatiku meruntuh sayu..namun aku tetap tabah...akihirnya hatiku berbisik..adakah mak memang menantikan aku merelakan dia pergi..persoalan itu meruntuhkan ketabahan aku hingga deraian airmataku deras mengalir jatuh.
Sampai di hospital, hatiku semakin sayu bila jenazah EMAK belum dimandikan...terasa bagaikan mak tetap menunggu. kumandi, kukafan dan kusembahyangkan jenazah dengan bantuan mereka yang arif dan bawa pulang ke kampung untuk disemadikan. Terasa lagi hatiku bagaikan mak menanti aku untuk pulang bersama2..
Selepas maghrib jenazah selamat disemadikan dengan sempurna dan berjalan lancar.
segala pesanan terakhir dapat disempurnakan oleh kami adikberadik..antaranya memandikan sebelum EMAK pergi supaya sewaktu jenazah dimandikan ia berada dalam keadaan bersih supaya mudah disempurnakan dan menyegerakan jenazah disemadikan. alhamdulillah
AKHIRNYA MAK PERGI JUGA MENINGGALKAN KAMI. KUIRINGI MAK DENGAN DOA SEMOGA EMAK DITEMPATKAN BERSAMA ORANG ORANG YANG SOLEH DAN DICUCURI RAHMAT.
PERGILAH MAK...
MAK DAH TERLALU BANYAK DERITA YANG MAK TANGGUNG SEMASA MEMBESARKAN KAMI DAN KETIKA KAMI MULA MEMBINA HIDUP, MAK DERITA MENAHAN KESAKITAN YANG HANYA MAK SAHAJA YANG TAHU PEDIHNYA.
BUAT KAKLONG, KAKMAH, ABGNAN, KAKNET, NONI, NAPI DAN ADEK...TABAHLAH..INGAT PESAN MAK SURAH AL-IKHLAS SETIAP LEPAS SOLAT.
AL-FATIHAH BUAT EMAK..HJH SANIAH BTE HJ LAMAT
YA ALLAH AMPUNI DOSA IBU..LIMPAHKAN RAHMAT KEPADANYA..AMINN

2 ulasan:

  1. Al fatihah. Moga rohnya ditempatkan bersama mereka yg dirahmati.amin.

    BalasPadam
  2. semalam 13/4/2012 bersamaan 21 jamadil awal genap setahun mak pergi mengikut kiraan tahun hijrah... alfatihah untuk mak buat kesekian kalinya...mak, azam tau mak damai disana..amin

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...